Ciri - ciri utama usahawan ialah :-
1) KREATIF
Mempunyai daya cipta yang tinggi menghasilkan
keluaran baru.
2) INOVATIF
Sentiasa membaiki mutu barangan atau perkhidmatannya.
3) SANGGUP MENGAMBIL RISIKO
Risiko yang mungkin timbul daripada apa-apa yang diusahakan dan harus bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan selepas membuat perancangan yang rapi semakin besar perniagaan, semakin tinggi risiko yang dihadapi oleh usahawan
4) KEMAMPUAN MEYAKINKAN ORANG LAIN
Kemahiran memujuk, mengajak dan meyakinkan orang lain
5) DAYA INISIATIF
Melakukan kerja tanpa diarah atau disuruh
6) PERANCANGAN YANG SISTEMATIK
Mewujudkan rancangan yang sistematik dan terperinci untuk mencapai matlamat.
7) CEKAL
Melakukan usaha beberapa kali tanpa ada perasaan putus asa.
8) BIJAK MEREBUT PELUANG ATAU MENGENAL PASTI PELUANG PERNIAGAAN
Usahawan perlu berpandangan luas dan peka akan perkembangan dan keperluan semasa
9)DAYA USAHA YANG BERTERUSAN
Tidak mudah putus asa